Sehari dua ini, dunia maya kecoh dengan dakwaan kononnya seorang aktor lelaki dari negara jiran yang mencipta nama di Malaysia telah menyembunyikan nama sebenarnya lalu menggunapakai nama lain untuk dikomersilkan di khalayak ramai. Beritu itu tersebar dengan cepat, maka banyaklah forum dan blog yang turut mengulas isu ini. Hari ini, empunya badan muncul untuk menafikan cerita tersebut.
Aaron Aziz, bintang utama filem Ombak Rindu, menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa nama sebenarnya ialah Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa sebaliknya menyatakan Aaron Aziz Mustafa ialah identiti dirinya yang sebenar seperti mana tertera di dalam kad pengenalan.
“Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa.
“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan ‘permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam.
Petikan Harian Metro
Tambah Aaron yang juga model iklan L'oreal, gambar kad pengenalannya yang tersebar itu sengaja direka oleh pihak tertentu bertujuan untuk memfitnahnya.
Kalau betul nama Aaron ialah Mat Haron sekali pun, peminatnya takkan lari kerana masih ramai lagi artis Malaysia yang menggunakan nama komersil untuk laris di layar perak mahu pun seni suara. Kita ambil sahaja contoh mudah iaitu bintang serba boleh sepanjang zaman yang meninggalkan nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Putih untuk muncul sebagai P Ramlee.
©Eriyza : Tidak minat Aaron Aziz tetapi sangat suka Aaron Kwok!
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.