Jika dilihat dari jauh, tiada yang istimewa pada pakaian yang digayakan oleh model ini. Apabila diamati dari dekat, barulah anda menyedari bahawa pakaian tersebut dibuat daripada rambut. Kim Do, pendandan rambut dari Vietnam telah mencipta pakaian dari 1 juta meter rambut.
Pakaian unik ini dibuat menggunakan rambut 54 orang yang berlainan di Vietnam termasuk artis-artis popular tempatan seperti Le Dung, Thanh Lam, Hong Nhung atau Ha Kieu Anh. Rambut berkenaan kemudiannya dijahit pada pakaian. Kebanyakan rambut yang digunakan berwarna hitam manakala bahagian yang membentuk corak naga dibuat dengan rambut berwarna coklat.
Pakaian ini turut didatangkan bersama topi buatan rambut yang dihiasi dengan reka bentuk Menara Penyu Vietnam. Jika pakaian rambut ini diberi percuma kepada anda, mahukah anda memakainya??
©Eriyza : Lebih baik pakai jubah dari mencuba pakaian dari rambut.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.