Selak akhbar atas talian pagi ini, terus disogokkan dengan cerita ganas artis wanita yang khabarnya membuat onar di sebuah kelab malam. Pengacara rancangan
Ekoran perbuatan artis yang juga pelakon itu, wanita malang itu yang berusia 20an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang (HA).
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, semuanya bermula apabila mangsa meraikan hari lahir rakannya itu dihampiri seorang wanita tidak dikenali.
“Wanita terbabit bertanya kepada mangsa adakah dia dengan tidak sengaja terpukul atau melakukan kekasaran kepada sesiapa. Bingung dengan pertanyaan itu, mangsa menafikan dakwaan itu sebelum mendiamkan diri.
“Belumpun persoalan itu selesai, mangsa dihampiri seorang lelaki bertubuh sasa yang terus menampar mukanya menyebabkannya terjatuh,” katanya.
Petikan Harian Metro
Penulis tidak sangka artis wanita Malaysia semakin melampau dalam tindak-tanduk mereka. Kalau ada salah faham boleh dibawa berbincang, bukan sesuka hati sepak terajang. Anda fikir adakah topik ini akan dimasukkan ke dalam rancangan gossip yang dihoskan oleh artis ini?? Berani buka pekung di dada sendiri??
©Eriyza : Suka cara diplomasi, tidak suka cara keji.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.