Seorang
D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir mencemar duli ke Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-12 Negeri Sembilan. Turut mencemar duli, D.Y.M.M Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Baginda seterusnya menyempurnakan persidangan tersebut yang akan bersidang selama dua hari iaitu pada 24 April 2012 dan 25 April 2012. Baginda diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Rantau, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Jika tentera di dalam perbarisan seperti ini pengsan, siapa yang akan membantu?? Rakan² seperjuangannya sekadar memandang tanpa memberi pertolongan?? Adakah hal ini termaktub dalam etika perbarisan bahawa tentera yang pengsan tidak perlu diendahkan oleh ahli perbarisan??
©Eriyza : Tabik hormat kepada para tentera yang berdiri berjam² lamanya di bawah terik mentari demi menjalankan kewajipan mereka.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.