Apr 19, 2012

Philip Levine Melukis Corak Di Kepala Botak


Philip Levine bukanlah artis atau pun ahli politik popular tetapi dia dikenali ramai berikutan imej unik yang dibawanya. Tidak mempunyai rambut atau sinonim disebut botak sering dianggap sesuatu kekurangan yang mendatangkan rasa malu kepada seseorang lelaki tetapi Philip menjadikan botak sebagai satu kelebihan dirinya yang perlu dibanggakan. Jejaka kelahiran London ini mula menjadikan kepala botaknya sebagai medium lukisan sejak rambutnya mulai gugur pada tahun 2006.


VIDEO HEADISM BY PHILIP LEVINE

Selaku perintis lukisan di kepala botak, Philip berubah menjadi ikon fesyen di Kota London. Kesudian Gilette menajanya telah membawa kepada pameran sulungnya pada musim panas 2011 yang diberi jolokan 'Headism'. Kejayaan Philip takkan bermakna tanpa memberikan penghargaan kepada pelukis professional, Kat Sinclair yang melakar pelbagai lukisan di kepalanya.


Kat Sinclair bukan setakat menjadikan kepala botak Philip kanvas kreativitinya malah turut menampal pelbagai aksesori seperti biji kopi, paku picit dan sebagainya. Dia mengambil masa selama 4 jam untuk menyusun 1000 biji kristal Swarovski di atas kepala Philip.


Philip telah menjadikan botak sebagai seni yang menarik. Dia tidak gemar memakai rambut palsu malah mewujudkan aura positif pada si botak.

©Eriyza : Mungkin pelawak seperti Harith Iskandar boleh mencuba cara Philip Levine.

Via : Philsays

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.