May 17, 2012

Dahi Yatt Melekat Saat Solat Taubat


Pelakon drama Ular Emas dan juga pengacara rancangan Malar Segar, Yatt Hamzah tampil bertudung sejak 5 April lalu. Penghijrahannya mendapat respon positif dari pencinta seni tanah air namun tidak ramai yang tahu kisah di sebalik keputusannya untuk menutup aurat dengan sempurna.


Menurut Yatt, dia mendapat hidayah dari Allah ketika menghadiri usrah pada 5 April 2012. Timbul keinsafan di dalam dirinya apabila mengenangkan kembali solat yang tidak cukup dan aurat yang tidak ditutup.

Lalu, petang hari yang sama dia telah menunaikan solat taubat. Sesuatu yang luar biasa berlaku padanya dalam sujud terakhir apabila dahinya yang mencecah sejadah tidak dapat diangkat selama lebih kurang 30 minit. Di dalam sujud bersama tangisan itu, Allah memperlihatkan kepadanya azab yang bakal diterima wanita yang enggan menutup aurat.


“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”

“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Petikan Harian Metro


Sesungguhnya Yatt bertuah kerana belum terlambat untuk menutup aurat dengan sempurna. Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Akan tetapi, hukum menutup aurat diketahui umum dengan jelas, tidak perlu diulang lagi. Hanya wanita yang degil tidak mahu melaksanakan perintah Allah.

©Eriyza : Berharap lebih ramai lagi wanita yang berbangga menayang rambut dan susuk tubuh mereka agar mengubah penampilan sesuai dengan status muslimah.

Via : Harian Metro

2 Comment

Zero2Hero Thu Aug 23, 06:48:00 PM

mohon share

Eriyza Fri Aug 24, 09:57:00 PM

@Zero2Hero:
Silakan :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.