May 10, 2012

Emak Dera Anak


perempuan pukul bayi .wmv by f100002488623807

Penulis fikir seorang ibu tentu tidak sanggup menyakiti anaknya setelah mengalami kesakitan yang bukan sedikit saat seorang zuriat dilahirkan ke dunia. Namun demikian, masih ada segelintir ibu yang sanggup mendera anak sendiri tanpa rasa simpati sehingga sanggup memukul darah dagingnya sendiri.

Ekoran penyebaran berleluasa video emak mendera anak kandungnya, maka ramailah orang awam yang prihatin membuat aduan kepada pihak polis. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, kes ini sudah lama berlaku malah sudah diselesaikan dan pelaku jenayah tersebut sedang menghadapi hukuman penjara selama 18 bulan.


STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Petikan Fan Page Polis Diraja Malaysia


Apabila melihat si emak memukul anak dengan bantal, melempar barang mainan dan mencubitnya berulangkali, timbul rasa marah di hati penulis. Mahu saja penulis memberikan sedas dua penumbuk ke mukanya. Namun, benarkah dia melakukannya di dalam keadaan waras atau gangguan emosi mengganggunya berfikir??

©Eriyza : Tidak pernah pukul bayi.

Via : Fan Page Polis Diraja Malaysia

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.