May 17, 2012

Gambar CN Blue Dalam Buku Teks Muzik Thailand


Nampaknya kumpulan muzik CN Blue dari Korea Selatan berjaya menempa nama sebagai artis yang diminati ramai di Thailand. Buktinya, gambar 4 orang anak muda ini telah dimuatkan ke dalam buku teks bagi subjek muzik Gred 12.

Di bawah gambar tersebut, diletakkan tulisan yang berbunyi :-

Ini adalah kumpulan popular dari Korea. Mereka mempersembahkan muzik yang menarik dengan penuh emosi untuk penonton.
Jika anda pernah menonton drama hebat berjudul He's Beautiful, anda pasti dapat melihat kelibat Jung Yong Hwa membawakan watak Kang Shin Woo dengan berkesan.


CN Blue dianggotai oleh anak² muda yang kacak dan berbakat besar. Antaranya ialah :-

VOCALS & GUITAR - Jung Yong Hwa [정용화]

GUITAR & VOCAL - Lee Jong Hyeon [이종현]

DRUMS - Kang Min Hyuk [강민혁]

BASS - Lee Jung Shin [이중신]


Bila agaknya gambar kumpulan FT Island akan dimasukkan ke dalam buku teks muzik Malaysia??

©Eriyza : Pasti asyik pandang wajah kacak ahli CN Blue berbanding fokus dalam subjek yang sedang diajar.


Via : AllKpop

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.