May 4, 2012

Norzaini Bantu Nayati


Pelajar berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar yang dilaporkan hilang berhampiran sekolahnya, Mont Kiara International School sejak 27 April 2012 lalu telah dibebaskan oleh penculiknya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, Lebuhraya Utara-Selatan pada jam 7.55 pagi. Nayati ditemui oleh sepasang suami isteri, Norzaini Zainol Abidin, 31 dan suaminya, Muhammad Asif Abdullah, 31.


VIDEO TEMUBUAL BERSAMA NORZAINI


VIDEO MESEJ TERIMA KASIH DARIPADA NAYATI

Pasangan itu seterusnya membawa Nayati ke kawasan Restoran Jejantas di R&R Sungai Buloh untuk diserahkan semula kepada bapanya, Sham Moodliar, 41, dan ibunya, Janice Smith, 40. Jarak lokasi mangsa diculik dan lokasi ditemui semula kira-kira 58 kilometer.



“Sebaik saya turun dari kereta, Nayati berlari ke arah saya dalam keadaan menangis sebelum menyoal sama ada saya tahu berbahasa Inggeris dan dia memberitahu dia baru 20 minit dibebaskan.

“Sebaik melihatnya saya tahu dia kanak-kanak yang diculik kerana pernah melekat risalah mengenai penculikannya di kedai serbaneka tempat saya bekerja.

“Ketika itu keadaannya lemah dan saya memeluk Nayati masuk ke dalam kereta kerana risau kalau-kalau penculiknya masih berada di kawasan sama,” kata Norzaini ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Norzaini berkata, ketika ditanya sama ada dia tahu punca dia diculik, Nayati menyatakan kerana wang dan dia menyatakan diculik dua lelaki tempatan dengan menggunakan kereta.

“Biarpun lemah dan masih trauma, Nayati masih mengingati nombor telefon ibu bapanya dan saya menghubungi ibunya,” katanya.

Petikan Harian Metro



Peluk cium dan tangisan menyelubungi pertemuan semula Nayati dengan kedua ibu bapanya. Nayati adalah anak sulung dari dua beradik. Penulis difahamkan keluarga Nayati telah membayar sejumlah RM300,000 kepada penculik untuk menebus semula anak mereka.

©Eriyza : Selalu risau tentang keselamatan para pelajar ketika menunggu ibu bapa mereka datang selepas kelas malam berakhir.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.