May 11, 2012

Nota Anak Penyelamat Emak


Tindakan seorang budak perempuan melontar nota dari tingkat 13 sebuah kondominium di Batu Kawa untuk meminta pertolongan telah berjaya menyelamatkan nyawa ibunya yang pengsan dek penangan kayu golf dan libasan tali pinggang dari suaminya sendiri.

Usaha kanak-kanak berusia 12 tahun itu berbaloi apabila dia mendapat bantuan menjelang jam 1 tengah hari daripada salah seorang penghuni kondominium tersebut setelah 14 jam nota tersebut dilontar.

Tolong selamatkan ibu, kami di W1310.
Penyelamat ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Mei, 40, telah menemui nota berkenaan di kaki lima berhampiran pintu utama blok malah dia telah membuang nota tersebut setelah membacanya.


“Saya sempat membaca nota di atas kertas itu, tetapi agak ragu dengan kesahihannya sebelum membuangnya ke dalam tong sampah dan pulang ke rumah.

“Namun, saya berasa tidak sedap hati sebelum kembali semula ke tong sampah tadi untuk mengambil kertas itu dan pergi ke rumah yang dinyatakan.

“Saya menekan loceng beberapa kali sebelum seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan trauma sedang menangis membuka pintu, saya lihat seorang wanita terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu dengan kesan lebam di muka dan kepala,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Mei berkata, terkejut dengan apa yang dilihatnya, dia terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Petikan Harian Metro


Polis mengesahkan mangsa yang bernama Juliani, 26, telah dibelasah oleh suaminya yang juga seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun menggunakan kayu golf dan tali pinggangpada pukul 10 malam sehingga tidak sedarkan diri.

Lelaki itu mengesyaki isterinya curang ketika dia keluar bekerja. Suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan. Juliani dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan tidak membimbangkan.

©Eriyza : Harap lelaki tersebut menerima hukuman setimpal perbuatannya.


Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.