May 1, 2012

Pelajar Perempuan Buat Kertas Guna Lalang


Sekali lagi rakyat 1Malaysia mengharumkan nama negara. Dua orang pelajar perempuan dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Nur Syafiqah Mohd Azhar dan Noor Fatin Zulkifli yang masing² berusia 17 tahun berjaya merangkul pingat emas menerusi produk kertas mesra alam daripada lalang di Geneva Palexpo Exhibitions and Inventions, Switzerland pada 18 hingga 22 April lepas.


Guru pembimbing, Latifah Shukri ketika ditemui pemberita berkata, pelajarnya mengambil masa kurang dari enam bulan bagi menjalankan kajian dan menghasilkan kertas yang diperbuat daripada lalang itu.

"Kertas yang dinamakan ”Imperata Cylinderica Paper” ini sangat mesra alam kerana ia bukan sahaja boleh reput dalam masa dua minggu, malah jika ia dijadikan sebagai bekas makanan, ia boleh digunakan sebanyak tiga kali,” katanya.

Beliau berkata, produk itu juga lebih kuat dan kukuh berbanding bahan-bahan lain yang diguna untuk menghasilkan kertas kerana lalang mempunyai ”cellulose” yang panjang berbanding bahan lain seperti batang pisang atau rumput.

"Kertas ini juga tidak telap air jika dilapisi dengan kanji dan setelah ia mereput, ia boleh menjadi baja tanaman,” katanya sambil memberitahu produk itu mendapat perhatian daripada firma-firma antarabangsa pada pertandingan itu.

Petikan Kosmo!


Tahniah dan syabas kepada Nur Syafiqah Mohd Azhar dan Noor Fatin Zulkifli kerana berjaya membuka mata dunia tentang kehebatan anak Melayu. Semoga kalian terus sukses di masa hadapan.

©Eriyza : Berjaya menghuru-harakan dapur ketika memasak.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.