Apr 29, 2012

Pemuda Baik Kawal Trafik


Seorang pemuda berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Arthur telah 'melanggar undang² jalanraya' apabila 'berlagak' seperti 'polis trafik' ketika lampu isyarat di persimpangan jalan antara Dufferin dan Steels tidak berfungsi. Tindakan cemerlangnya telah menyebabkan lalulintas berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Seorang pemandu trak turut memberikan sehelai jaket kepadanya sebagai tanda 'terima kasih' di atas usaha murninya itu. Arthur melakukan khidmat masyarakat itu sehingga polis trafik sebenar muncul. Senario satu dalam seribu ini hanya dapat ditonton di Toronto, Kanada.

©Eriyza : Abang polis trafik 'tidur' ketika lampu isyarat di simpang tiga berhampiran Hospital Kemaman tidak berfungsi.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.