May 29, 2012

Pengantin Menaiki Tren Ke Majlis Persandingan


Sebelum ini penulis menyiarkan cerita tentang lima bersaudara kahwin serentak, kali ini penulis sajikan pula kisah lima pasang polis yang turut berkahwin serentak. Selain sepakat untuk bersanding pada hari yang sama, mereka juga memilih cara yang unik untuk ke tempat persandingan iaitu dengan menaiki tren transit aliran ringan (LRT).

Mereka bertolak menaiki kereta BMW dari Kuarters Polis Taman Miharja ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cheras pada jam 12.30 tengah hari menuju ke Stesen LRT Salak Selatan. Seterusnya mereka menunggang motosikal berkuasa besar ke Balai Polis Salak Selatan bagi meneruskan majlis persandingan.

Lima pasangan pengantin itu ialah :-

Lans Koperal Bahtiyar Bacho (29) Mashitah Mansor (26)
Lans Koperal Rizwan Anuar Zakaria (28) Nurshiffa Azemi (28)
Konstabel Nik Mohd Shahafiz Nik Danya (24) Norhafizah Ishak (24)
Lans Koperal Azrul Azman Asmawi (29) Nurul Shuhada Nordin (26)
Lans Koperal Mohd Ridzuan Abd Halim (28) Maslinda Masturi (26)

Lima pasangan pengantin yang dirai tiba di Balai Polis Salak Selatan pada jam 2 petang. Majlis resepsi mereka dimeriahkan oleh ribuan tetamu yang terdiri daripada anggota polis, sanak saudara dan penduduk kampung.

Selamat Pengantin Baru kepada semua lima pasangan tersebut. Semoga pernikahan kalian diserikan dengan cahayamata yang soleh lagi solehah.

©Eriyza : Suka tengok anggota polis yang berjalan di bawah pedang ketika berkahwin.

Via : Harian Metro

2 Comment

Unknown Wed May 30, 12:25:00 AM

Assalam.... selamat pengantin baru buat kelima-lima pasangan pengantin... memang unik...

Eriyza Wed May 30, 12:58:00 AM

@Ikmal:
Wsalam.
Yeah, mmg unik!

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.