May 22, 2012

Peragut Beri Semula Barang Mangsa


Jika di Malaysia kebanyakan mangsa ragut mengalami peristiwa pahit tetapi lain pula halnya bagi seorang mangsa ragut di China apabila peragutnya masih 'berhati emas'. Pagi 9 Mac 2012 lalu, Xiao Liu bersama rakannya baru turun dari bas untuk menghadiri temuduga kerja di bandar Zhanjiang. Datang pemuda bermotorsikal tanpa plat terus meragut bag sandangnya. Dia hanya mampu melihat peragut itu berlalu pergi dalam hujan.

Xiao Liu cuak kerana kehilangan dompet dan telefon bimbit bahkan diplomanya ada di dalam beg itu juga. Lebih buruk lagi, diploma milik rakan²nya turut diletakan di dalam beg yang sama. Dia meminjam telefon bimbit rakannya untuk menghubungi no telefon sendiri. Walaupun berulangkali dihubungi, namun telefonnya tidak dijawab.


Hampir berputus asa, Xiao Liu tidak menduga menerima sms dari nombornya sendiri.

~ Saya akan meletakkan diploma awak di satu tempat, datang dan ambil. Saya tidak mahu merosakkan masa depan awak.

Dengan pantas, Xiao Lui membalas sms tersebut.

~ Terima kasih. Saya pelajar yang sedang mencari pekerjaan. Diploma itu sangat penting untuk saya.

Seketika kemudian, smsnya berbalas lagi.

~ Jangan laporkan kepada polis. Saya akan beritahu tempatnya nanti. Tolong maafkan orang yang tiada rumah.


Peragut dan mangsa terus berhubung melalui sms sehinggalah lokasinya diputuskan. Xiao Liu tetap pergi ke lokasi yang dinyatakan walaupun berasa ragu. Berhampiran sekolah menengah Zhanjiang Xiao Liu menemui kembali begnya. Wang ringgit dan telefon bimbit telah diambil tetapi semua barang lain dipulangkan semula.


Tidak lama kemudian, peragut menghubunginya lagi.

~ Adakah awak mahu telefon bimbit awak kembali?

Xiao Liu yang berasa lega kerana mendapat semula diplomanya sudah tidak kisah tentang telefon bimbitnya.

~ Lupakan saja tentang telefon bimbit itu. Ia sudah jadi milik awak.

Sebaik Xiao Liu menamatkan perbualan, peragut itu menelefon lagi.

~ Saya simpati pada pelajar yang sedang mencari pekerjaan seperti awak. Saya akan pulangkan semula telefon bimbit awak.


Akhirnya Xiao Liu memberitahu tempat dia berada ketika itu. Sejurus kemudian, dia mendengar ucapan 'Hello' dari belakang. Peragut itu mencampakkan telefon bimbitnya ke tanah dan terus memecut pergi.

Menurut Xiao Liu, dia berharap agar peragut itu berubah dengan mencari pekerjaan dan menjalani kehidupan normal.

Gadis ini boleh dikira bertuah kerana bertemu peragut yang masih berperikemanusiaan. Dia bukan sahaja tidak cedera tetapi beroleh semula barang² berharga miliknya.

©Eriyza : Simpati pada mangsa yang cedera akibat perbuatan peragut yang tidak berhati perut. Berhentilah meragut.

Via : China Hush

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.