Jun 10, 2012

Keputusan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2012


Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55 yang telah berlangsung selama 5 hari telah pun berakhir. Qari dari Kelantan, Muhamad Anuar Ghazali, 36, dan qariah dari Wilayah Persekutuan, Che Aminah Che Awang, 57, telah disahkan sebagai juara. Qari yang bertugas sebagai guru Pendidikan Islam dan qariah yang mengajar Al-Quran menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan ibadat haji beserta cenderamata dan sijil penyertaan.

Kedua-duanya akan mewakili Malaysia ke tilawah peringkat antarabangsa yang akan diadakan pada Julai nanti.


Berikut keputusan penuh Tilawah Al-Quran Kebangsaan ke-55

KATEGORI QARI

TEMPAT PERTAMA
MUHAMAD ANUAR GHAZALI (KELANTAN) - MARKAH 93.66%

TEMPAT KEDUA
ZUL-HASYIMI MOHAMED YUNUS (PAHANG) - MARKAH 87.99%

TEMPAT KETIGA
MOHAMAD RAFFE GHALIL ABBAS (SABAH) - MARKAH 86.68%

KATEGORI QARIAH

TEMPAT PERTAMA
CHE AMINAH CHE AWANG (WILAYAH PERSEKUTUAN) - MARKAH 84.33%

TEMPAT KEDUA
NUR FATEN IZZATI RABLIN (SABAH) - MARKAH 79.00%

TEMPAT KETIGA
MARZIAN MOHD DELI (KEDAH) - MARKAH 78.67%

JUARA KESELURUHAN - PAHANG


Tilawah Al-Quran kali ini bertema 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' telah disertai oleh 27 qari dan qariah. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tahniah kepada qari dan qariah yang menjuarai Tilawah Al-Quran kali ini. Semoga kedua-duanya berjaya pula di peringkat antarabangsa.

©Eriyza : Tilawah Al-Quran peringkat negeri Terengganu telah diadakan di Taman Bandar (Padang Astaka), Kemaman.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.