Jun 30, 2012

Lee Chong Wei Bergelar Leftenan Komander Kehormat


Raja badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei menerima pemakaian pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Lee Chong Wei menyifatkan anugerah pangkat yang berkuatkuasa 1 Mei 2012 menyuntik semangat untuknya menghadapi Sukan Olimpik London 2012 nanti.


"Anugerah ini menyuntik semangat saya untuk bermain dengan baik tambahan pula saya baru pulih daripada kecederaan kaki pada kejohanan Piala Thomas yang lalu," katanya kepada pemberita pada majlis yang berlangsung di Wisma Pertahanan di sini.

Chong Wei, yang bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan, berkata penyertaannya pada Olimpik kali ini adalah yang terakhir, dan segala perancangan perkahwinan hanya akan diumumkan selepas temasya sukan itu.

"Sekarang saya hanya fokus kepada latihan untuk memberi persembahan terbaik dan memperoleh pingat untuk negara," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pengtauliahan pangkat itu, Chong Wei berharap ia mampu menggalakkan lebih ramai ahli sukan profesional menyertai pasukan beruniform seperti PSSTLDM.

"Sebagai penerima pangkat, saya akan berkongsi segala pengalaman dan suka duka sebagai atlet yang berjaya mempertahan kedudukan ranking nombor satu dunia selama empat tahun berturut-turut," katanya.

Petikan Sinar Harian


Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei di atas pengtauliahan pingat seumpama ini. Semoga anugerah ini menjadi inspirasi kepada atlit lain untuk berusaha gigih memajukan diri.

©Eriyza : Suka tengok watak Jackie Chan sebagai tentera laut dalam filem Project A.

Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.