Jun 22, 2012

Lin Dan Rampas Gelaran Lee Chong Wei


Musuh tradisi Raja badminton Malaysia, Lin Dan merampas carta pemain nombor 1 badminton dunia daripada Datuk Lee Chong Wei. Dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Super Dan berjaya tampil sebagai pendahulu selepas mengutip 93,313 mata, mengatasi Chong Wei 91,898 mata.

Lee Chong Wei berjaya mengekalkan takhta selaku Raja Badminton Dunia selama 191 minggu sejak 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Kegagalan Chong Wei beraksi di Siri Super Premier Terbuka Indonesia pada minggu lalu kerana kecederaan telah membuka laluan mudah kepada jaguh China itu untuk mengatasinya.

Perubahan kedudukan itu tidak menjejaskan kedudukan Chong Wei di Olimpik London kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking pada 3 Mei, 2012. Dua lagi atlit China, Chen Long dan Chen Jin kekal di tangga ketiga dan keempat.

©Eriyza : Jarang menonton perlawanan badinton secara langsung.

Via : Utusan Malaysia


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.