Jul 31, 2012

Asia Tour 2012 : Malaysia vs Manchester City


Rabu lalu, pasukan Malaysia XI kalah tipis 1-2 dengan Arsenal, kali ini skuad negara sekali lagi kecundang di tangan Manchester City 1-3 di dalam perlawanan Jelajah Asia 2012 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Julai 2012.




Berikut antara pemain Malaysia dan Manchester City yang menjaringkan gol :-

Manchester City
Sergio Aguero - minit 17
Carlos Tevez - minit 48
Adam Johnson - minit 52

Malaysia: Azamuddin Mohd Akil - minit 87

Senarai Pemain Malaysia:
Mohd Farizal Marlias, (Khairul Fahmi Che Mat), S.Subramaniam (Mohd Faizal Muhammad) , Mohd Bunyamin Umar, Mohamad Adil Zafuan Abdul Razak, Mohamad Azmi Muslim (Mahalli Jasuli), Safiq Rahim (kapten) (Mohd Khyril Muhymeen), Gary Steven Robbat, S.Kunalan (Amiridzwan Taj Tajudin) , Baddrol Bakhtiar (Azamuddin Mohd Akil), Norsharul Idlan Talaha (Ahmad Shakir Mohd Ali), Mohd Safee Mohd Sali (Mohd Shakir Shaari).

Senarai Pemain Manchester City:
Costel Pantilimon, (Eirik Johansen), Pablo Zabaleta, Aleksandar Kolarov, Stefan Savic, Kolo Toure (Filippo Mancini),Denis Suarez, Dedryck Boyata, Adam Johnson, Yaya Toure (kapten) (Luca Scapuzzi), Abdul Razak Karim (George Evas), Carlos Tevez, Sergio Aguero (Marcos Lopes).


Harimau Malaya ternyata bukan lawan The Blue Moon Rising apabila mereka mendahului pada babak pertama perlawanan. Namun, satu-satunya gol Malaysia yang dijaringkan oleh Azamuddin Mohd Akil membuktikan bahawa gawang skuad Roberto Manchini mampu dbolosi oleh anak buah Datuk K. Rajagobal.


Kunjungan pertama kali Manchester City ke Malaysia pasti meninggalkan momen manis buat mereka apabila berjaya menghiburkan kira-kira 30,000 penonton dengan kemenangan 3-1.

Syabas juga buat skuad kebangsaan kerana berjaya memberikan aksi terbaik buat peminat bola sepak tempatan.

©Eriyza : Menonton komputer sambil mendengar ulasan bola sepak.

Via : Sokernet | DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.