Jul 12, 2012

Cerai Isteri Dengar Ceramah Hasan Ali


Sepasang suami isteri warga emas bercerai lantaran si suami 'naik darah' kerana isterinya mendengar ceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali di Tanah Merah pada 11 Jun lalu. Yahaya Ibrahim, 71, menceraikan Che Hasnah Che Ahmad, 61, dengan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi, 11 Julai 2012.

Yahaya telah memfailkan perceraian di mahkamah yang sama pada 24 Jun 2012 ekoran tiada lagi persefahaman antara mereka yang telah bernikah selama 14 tahun kerana sering bertelagah mengenai isu politik.

Namun, episod 'cinta' mereka menemui penamatnya apabila Yahaya nekad untuk menceraikan Che Hasnah apabila mengetahui wanita itu turut hadir ke ceramah bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang dipecat daripada parti pada 8 Januari 2012.

©Eriyza : Sungguh menyedihkan apabila rumahtangga rosak binasa kerana perbezaan fahaman politik.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.