Jul 22, 2012

Lelaki Tua Dicekup Kerana Ponteng Puasa


Taktik makan di kedai makan bukan Islam pada bulan Ramadhan untuk mengelabui mata masyarakat tidak lagi berguna apabila pihak berkuasa menyerbu premis berkenaan. Lima orang dicekup termasuk 3 orang warga emas dicekup oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Ketika ditahan, ada diantara mereka yang tidak berpuasa sedang menikmati kopi panas dan roti bakar di sebuah premis bukan islam.


Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, warga emas berkenaan merupakan seorang daripada lima yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa.

"Kesemua mereka berusia 40 hingga 65 tahun itu, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas, di tahan di kawasan 'panas' tempat tumpuan mereka yang ponteng puasa.

"Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu," katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi berkenaan, semalam.

Rahimin turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam yang beroperasi di siang hari, sekali gus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.

“Tindakan peniaga ini mencemarkan imej umat Islam sendiri. Sepatutnya mereka sama-sama menghormati Ramadan dan tidak mengambil kesempatan untuk kejar keuntungan semata-mata," katanya.

Petikan Sinar Harian


Mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara enam bulan.

©Eriyza : Harap semua jabatan agama Islam negeri lain turut membanteras gejala ponteng puasa di bulan Ramadhan.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.