Aug 30, 2012

Bayi Perempuan Dalam Beg Pakaian


Seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui oleh peniaga akhbar di dalam sebuah beg pakaian berwarna biru yang ditinggalkan di depan kedainya di Jalan Sultan Omar pada awal pagi Rabu, 29 Ogos 2012. Mohamad Ibrahim, 56, dari Jalan Panji Alam, menemui beg pakaian tersebut pada pukul 6 pagi ketika mahu membuka kedai akhbarnya.

Dia yang tidak mengesyaki ada bayi di dalam beg tersebut mengarahkan pekerjanya yang dikenali sebagai Lan, 28, untuk mengalihkan beg yang menghalang pintu masuk ke kedainya.


“Saya memang tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangkakan hanya beg pakaian biasa, milik pelanggan yang tertinggal, jadi saya menyuruh Lan letakkan beg itu di atas kerusi tempat menunggu bas yang hanya terletak bersebelahan kedai.

“Bagaimanapun, tidak sampai 15 minit, semasa sedang sibuk mengemas surat khabar untuk dijual, tiba-tiba kami terdengar suara tangisan bayi yang agak kuat menyebabkan kami tergamam seketika,” katanya ketika ditemui di kedainya, semalam.

Katanya, mereka berdua bergegas ke tempat itu dan terus membuka beg pakaian tersebut.

"Kami sangat terkejut apabila ternampak seorang bayi perempuan yang dibaluti dengan tuala biru hanya hanya dipakaikan kain lampin di dalam beg itu.

“Saya kemudian meminta tolong seorang pelanggan yang secara kebetulan datang ke kedai untuk membeli surat khabar agar memaklumkan kepada pihak polis,” katanya.

Bapa kepada lima anak itu berkata, itu merupakan pengalaman pertama sepanjang 30 tahun dia berniaga surat khabar di situ, bagaimanapun bersyukur kerana bayi malang itu berjaya diselamatkan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, bayi perempuan yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Bayi itu kini ditahan di wad kanak-kanak dan dilaporkan dalam keadaan sihat. Bagaimanapun, sehingga kini, identiti bayi itu masih belum dikenal pasti tetapi kami percaya bayi itu mungkin sudah beberapa hari dilahirkan berdasarkan tali pusatnya sudah tercabut,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Petikan Sinar Harian


Jika tidak ingin dipelihara, sepatutnya si ibu menyerahkan anaknya kepada pihak lain yang boleh membelanya agar bayi tersebut diberi penjagaan yang baik.

©Eriyza : Pernah terfikir untuk mengambil anak angkat.


Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.