Aug 19, 2012

Iklan Hari Raya Bernas 2012


Iklan Hari Raya Bernas tahun 2012 berjaya menyentuh hati ramai orang. Ia mengisahkan tentang 2 sekawan yang tinggal di rumah anak yatim iaitu Ahmad dan Fizi. Kedua-duanya tidak sempurna pertuturan dan juga penglihatan. Ketika orang lain pulang ke kampung, mereka berdua tetap tinggal di asrama kerana tiada saudara-mara.

Akan tetapi, pada malamnya mereka membuat keputusan untuk ke kampung Ahmad dengan meninggalkan sekeping nota kepada warden asrama. Oleh kerana tiada merancang, mereka gagal mendapatkan tiket untuk ke Segamat. Akhirnya, mereka 'menyewa' lori tanpa disedari oleh pemandunya. Apakah kesudahannya?? Haa, itu anda kena tonton sendiri.

Iklan ini tidak pula memuntahkan mutiara jernih dari pipi penulis. Bukan tidak simpati pada Ahmad dan Hafizi tetapi kesedihannya tidak sampai di jiwa.


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.