Aug 12, 2012

KL Monorel Terkandas Di Brickfields


Sekurang-kurangnya 3 orang cedera termasuk seorang wanita hamil berusia lewat 30an sesak nafas terpaksa dikejarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat terperangkap lebih kurang satu jam di dalam monorel yang terkandas. Dua lagi mangsa mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca. KL Monorel tersebut terhenti di berhampiran Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Brickfields.


Kejadian yang berlaku pada pukul 2 petang 11 Ogos 2012 itu membuatkan kira-kira 183 penumpang yang berada di dalamnya cemas. Mereka terpaksa menahan panas dan kekurangan udara sebelun diselamatkan oleh anggota bomba dan petugas monorel.


Keadaan menjadi buruk apabila ada di antara mangsa yang terperangkap menangis kerana panik malah ada yang pengsan akibat suhu yang panas.


Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.19 petang memaklumkan ada mangsa terperangkap dalam gerabak monorel.

Berikutan itu, katanya, sepasukan 47 anggota bomba bersama enam jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Tindakan pertama kami ialah menghantar anggota ke atas untuk memecahkan tingkap gerabak bagi membolehkan udara masuk dan mengurangkan kepanasan.

“Seterusnya, kami menggunakan tangga cakera putar (TTL) untuk menurunkan mangsa dari landasan pada ketinggian kira-kira 25 meter.

“Operasi ini sebagai berjaya kerana tidak mengalami sebarang kesukaran, malah pihak pengurusan monorel turut memberi kerjasama,” katanya.

Katanya, seramai 63 mangsa dikeluarkan anggota bomba, manakala 120 penumpang lagi dipindahkan ke Stesen Monorel Tun Sambanthan yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian oleh Pasukan Kecemasan KL Monorel.

“KL Monorel mempraktikkan segala prosedur kecemasan yang dipelajari dalam latihan bersama kami sebelum ini bagi menghadapi kemungkinan,” katanya.

Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari masalah teknikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan tiga penumpang cedera dan dihantar ke HKL bagi mendapatkan rawatan.

“Dua penumpang cedera terkena serpihan kaca tingkap yang dipecahkan ketika usaha membawa mereka keluar dari gerabak,” katanya.


Tahniah kepada bomba dan pihak yang bertungkus-lumus menyelamatkan semua anggota masyarakat yang terperangkap di dalam KL Monorel.

©Eriyza : Tidak pernah naik monorel.

Via : Harian Metro ! MSN

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.