Aug 5, 2012

Pelajar Dipukul Rakan Sehingga Pengsan


Seorang pelajar Tingkatan 5 yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, dipukul sehingga pengsan oleh sekumpulan pelajar. Kes itu berlaku di sebuah sekolah berasrama di Bandar Penawar, Johor pada hari Khamis, 2 Ogos 2012. Dakwa Adi, 17, dia dikejutkan dari tidur jam 1 pagi oleh pelajar tidak dikenali yang memberitahu seorang pelajar senior ingin berjumpanya.

Di bilik senior tersebut, Adi disoalsiasat sebelum dipukul bertalu-talu lalu tidak sedarkan diri.


“Ketika itu saya tidak terfikir akan dipukul, tambahan pula saya masih mamai kerana baru bangun tidur. “Ketika tiba di bilik senior tersebut, dia bertanyakan saya beberapa soalan sebelum dia dan rakanrakannya bertindak memukul saya bertubi-tubi.

“Apabila terkena pukulan di kepala, saya terus tidak sedarkan diri,” katanya. Menurutnya, dia juga tidak tahu siapa yang membawanya pulang ke bilik kerana apabila sedar, rakan-rakan lain sudah bersedia untuk bersahur.

“Sebelumnya saya menegur sekumpulan pelajar junior yang membuat bising kerana mengganggu pelajar lain yang hendak tidur.

“Namun, tidak sangka tindakan saya itu diadukan kepada pelajar senior sehingga dipukul,” katanya. Akibat kejadian itu, Adi mengalami lebam di bahagian belakang badan, paha, dada dan tangan.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Penawar pada keesokan harinya. Sementara itu ibu, Sarimah (bukan nama sebenar), 40, dan bapa Adi, Yusri (bukan nama sebenar), 41, yang mengambil cuti kecemasan kerana tinggal di Muadzam Shah, Pahang meluahkan kekecewaan kerana mendengar tragedi itu daripada sms yang dihantar anak mereka dan bukannya dimaklumkan pihak sekolah.

©Eriyza : Undang-undang buli di sekolah perlu diperketatkan agar pelajar samseng mendapat hukuman yang sewajarnya.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.