Aug 21, 2012

Retak Tulang Buku Lali Ditendang Senior Lelaki


Muhammad Faris Anuar, 14, seorang pelajar di sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan menahan sakit lebih kurang 6 jam selepas dibelasah lebih kurang 25 pelajar senior. Dalam kejadian pukul 2.30 pagi di asrama lelaki, 5 Ogos 2012, pelajar tingkatan dua itu retak tulang buku lali kanan.

Mangsa mendakwa para senior mengejutkannya setelah mereka memanjat masuk ke biliknya dan membawanya pergi ke bilik lain.


Ibu mangsa, Salina Shahri, 39, berkata, pelajar berkenaan bertindak menendang dan menumbuk anaknya selepas tidak mengaku menconteng dinding tandas dengan perkataan yang mengejek pelajar berkenaan.

“Hanya kerana insiden menconteng nama di dinding bilik air sekolah anak saya disepak, ditumbuk dan diterajang malah mungkin berhadapan kecacatan kekal berikutan tulang buku lali sebelah kanan retak.

“Anak saya terpaksa menanggung kesakitan lebih enam jam kerana tidak berani untuk mengadukan kepada warden selepas diugut agar tidak melaporkan kejadian berkenaan jika tidak mahu dicederakan lagi,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Presint 9, baru-baru ini.

Salina berkata, namun kira-kira jam 9 pagi anaknya tidak dapat menahan kesakitan dan memaklumkan warden bahawa dia jatuh bilik air bagi mengelakkan kejadian tersebut diketahui pihak asrama.

“Warden membawa anak saya ke Klinik Kesihatan Jempol untuk rawatan sebelum anak saya menghubungi saya supaya mengambilnya berikutan kakinya terlalu sakit dan tidak dapat berjalan.

“Pada mulanya saya menyerahkan perkara ini kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan kes ini namun selepas mendapat keputusan perubatan daripada doktor memaklumkan anak saya mungkin berdepan dengan kecacatan kekal, saya bertindak akan membuat tuntutan sivil,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

Menurutnya, anaknya merupakan antara pelajar cemerlang apabila memperoleh Gred Nilai Purata Kumulatif (CGPA) 3.6 untuk peperiksaan penggal pertama.

"Namun berikutan kejadian ini, dia ketinggalan pelajaran lebih sebulan kerana cuti sakit sehingga 27 Ogos dan akan menjalani rawatan susulan,” katanya.

Petikan Sinar Harian


Kisah junior dibelasah dek senior sering saja berlaku. Pihak asrama perlu mewujudkan undang-undang yang tegas untuk menghalang perkara ini berulang.

©Eriyza : Tidak pernah tinggal di asrama.

Via : Sinar Harian


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.