Sep 13, 2012

Perisian Baru Kesan Ijazah Palsu


Gara-gara ijazah palsu yang dibeli oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan tertentu, pihak Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya mencipta perisian yang boleh mengesan ketulenan ijazah graduan. Buat julung kalinya, perisian berkenaan akan digunakan ketika majlis konvokesyen UTM yang akan diadakan pada Oktober nanti.

Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein memaklumkan bahawa teknologi yang dinamakan Imbas Pembaca bertindak sebagai sistem pengesan identiti yang boleh mengesahkan keaslian sijil yang dikemukakan oleh seseorang.

Sedikit masa lagi, Imbas Pembaca yang berfungsi mengimbas kod bar pada setiap sijil ijazah boleh dimuat turun secara percuma setelah laman web yang disediakan siap. Menariknya, Imbas Pembaca turut mendatangkan manfaat kepada majikan bagi memastikan bakal tenaga kerja mereka menggunakan sijil sah atau palsu.

©Eriyza : Hanya ada sijil kursus kahwin.

Via : Kosmo!


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.