Sep 28, 2012

Perut Kembang Selepas Makan


Kerri Dowdswell dari Cannock, Staffordshire mempunyai 'penyakit' yang agak pelik di dunia iaitu perutnya akan membesar seperti ibu mengandung selepas dia makan. Gadis berusia 24 tahun itu menyedari perubahan pada perutnya setiap kali selepas mengambil makanan sejak dia didatangi haid buat kali pertama. Keadaan itu berterusan sehingga kini.


Para doktor runsing memikirkan simpton yang dihidapi oleh Kerri dan belum menemui penawar bagi mengubatinya. Menurut Kerri, perutnya akan membesar selepas 15 minit makan dan ada kalanya selepas beberapa jam dia menjamu selera. Perutnya akan kembali kempis selepas beberapa jam berlalu.

Gadis itu terpaksa memakai seluar bagi ibu hamil setiap kali mahu makan agar perutnya mempunyai ruang yang cukup untuk membesar. Paling memalukan, dia sering ditanya bila tarikh bersalin walhal dia tidak hamil.

©Eriyza : Kasihan Kerri, pasti keadaan 'perutnya' menimbulkan fitnah bagi yang tidak mengetahui masalah yang dihadapi.


Via : DailyMail


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.