Oct 31, 2012

Dua Beruang Buat Pertunjukan


Biasanya aksi akrobatik dilakukan oleh orang-orang yang mudah lentur badannya. Baru-baru ini, pertunjukan akrobatik yang diadakan sempena Festival Antarabangsa Akrobatik Wuhan di China telah mengejutkan orang ramai apabila dua ekor beruang turut mengambil bahagian.


Beruang-beruang tersebut dipaksa berjalan mengimbangi badan di atas tali, melompat tali, membaling gelung rotan ke arah satu sama lain dan bertepuk tangan mengikut arahan jurulatih. Mulut dua beruang ini telah diikat dengan tali kulit.

Dua ekor beruang ini adalah sebahagian daripada 260 akrobatik yang mengambil bahagian dalam pertunjukan akrobatik yang dibuat di Wilayah Hubei, China. Sebanyak 19 kumpulan akrobatik dari luar negara manakala 8 kumpulan lagi akrobatik tempatan. Mereka membuat persembahan 2 kali sehari.

©Eriyza : Suka tengok haiwan dalam sarkas.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.