Oct 18, 2012

Kek Perkahwinan Seberat Lima Tan


Chef Art Nucaza dari Baguio Country Club telah membuat kek perkahwinan raksasa setinggi 62 kaki sempena Minggu Hotel, Restoran dan Pelancongan kali ke-9. Kek coklat yang padat itu dibuat dalam 4 lapisan dan boleh dimakan oleh 20,000 orang.

Kek seberat 5.6 tan ini dihasilkan oleh chef terbabit dengan bantuan 12 profesional dan pelajar dari Universiti Cordilleras dan Universiti Baguio.


Lapisan pertama kek berukuran 24 x 24 kaki, lapisan kedua ialah 18 x 18 kaki, lapisan ketiga 12 x 12 kaki, dan lapisan keempat pula ialah 6 x 6 kaki.


Untuk membuat kek raksasa ini, mereka menggunakan 1,200 kilogram tepung dan gula, 480 kilogram mentega, 16,000 telur, 256 kilogram serbuk coklat, 800 tin susu cair, 50 kilogram baking soda dan 500 liter Halta bukan tenusu krim.


Bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu yang besar jika tidak disertai dengan semangat dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat.

©Eriyza : Bukan penggemar kek.

Via : Malaya Business Insight



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.