Oct 23, 2012

Lelaki Jalan Kaki Untuk Menunaikan Haji


Seorang lelaki berusia 47 tahun yang berasal dari Bosnia tidak mempunyai wang untuk membiayai kos perbelanjaan ke Mekah. Justeru, Senad Hadzic nekad untuk berjalan kaki bagi memenuhi tuntutan rukun Islam kelima itu.


Berbekal wang 200 euro, Hadzic memulakan perjalanan dari kampung halamannya Banovici, Bosnia pada Disember 2011. Dia tiba di Mekah pada Sabtu lalu untuk menunaikan fardu haji setelah merentasi laluan sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.


Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.

Petikan Kosmo!


Syabas kepada Encik Senad Hadzic kerana berjaya merealisasikan niatnya untuk mengerjakan haji. Semoga mendapat haji yang mabrur.

©Eriyza : Allah akan permudahkan jalan bagi orang yang berniat baik.

Via : Kosmo! | Facebook



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.