Oct 21, 2012

Penjaga Gol Tumbang Ditumbuk Samseng Padang


Penjaga gol Sheffield Wednesday, Chris Kirkland membuat aduan kepada Polis Yorkshire Selatan kerana ditumbuk sehingga tumbang oleh samseng padang ketika perlawanan Liga Kejuaraan antara Sheffield Wednesday dan Leeds pada Jumaat, 19 Oktober 2012.


Insiden itu berlaku ketika seorang lelaki muncul dari sebelah penyokong Leeds dan berlari masuk ke padang sebelum meluru ke arah Chris lalu menumbuk muka penjaga gol berusia 31 tahun itu.


Polis telah berjaya mengesan wajah suspek berdasarkan rakaman kamera keselamatan. Lelaki itu kini menjadi buruan polis setelah memalukan Chris di hadapan 30,000 penyokong kedua-dua pasukan.


Inilah natijahnya jika terlalu fanatik dengan sesuatu perkara sehingga tidak boleh berfikir dengan rasional tindak tanduk yang akan dilakukan.

©Eriyza : Minat penjaga gol Selangor Sepanyol, Iker Casillas.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.