Nov 12, 2012

Budak Cedera Dicakar Helang


Alfie Hall nyaris buta sebelah mata kirinya akibat dicekau oleh Helang ketika kanak-kanak berusia 2 tahun itu bersiar-siar bersama ibunya Elysia, 23, dan beberapa orang saudara yang lain. Kejadian itu dilaporkan berlaku di taman permainan Farnborough, Hants.


Helang yang besar dengan sayap selebar 4 kaki itu dibawa 'bermain' oleh tuannya dengan meletakkan di atas tangan. Ia kemudiannya dibiarkan terbang bebas. Ketika dipanggil oleh tuannya, helang tersebut hinggap di pokok. Akan tetapi, ia tiba-tiba menjunam turun lalu mencakar muka Alfie.

Wajah Alfie yang cedera dipenuhi darah. Selain itu, telinganya juga turut terkoyak teruk. Ibunya terus membawa Alfie ke hospital dengan ambulan dan dia diberi anestetik dan juga dijahit bahagian lukanya.

Ekoran kejadian itu, pemiliknya helang berkenaan yang berusia 18 tahun ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan.

©Eriyza : Betulkah si Tanggang disumpah menjadi helang??

Via : The Sun



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.