Nov 9, 2012

Warga Emas Rakam Gambar Kahwin


Majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa kehadiran jurugambar. Sepasang warga emas yang berumur melebihi 1 abad sudah berkahwin hampir 9 dekad. Namun, di sebalik kebahagiaan yang mereka kecapi selama 88 tahun, pasangan Wu Conghan dan isterinya Wu Sognshi tidak memiliki gambar perkahwinan.


Suami isteri yang telah lanjut usia ini berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924. Impian mereka untuk mengambil gambar perkahwinan akhirnya termakbul apabila sebuah syarikat foto di Nanchong, wilayah Sichuan, China menyatakan kesudian untuk merakam gambar perkahwinan warga emas berkenaan.

Conghan, 101, mengenakan sepasang sut putih manakala Sognshi, 103, pula memakai gaun pengantin putih. Persis pengantin zaman sekarang, kedua-duanya begitu riang dapat merealisasikan mimpi menjadi nyata.

Sudah tentu momen merakam gambar perkahwinan menjadi antara perkara terindah yang pernah pasangan ini lalui.

©Eriyza : Mahu ambil gambar pernikahan juga.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.