Dec 27, 2012

Banjir Kilat Di Kuantan


Bandar Kuantan menjadi 'lautan' setelah sebahagian besar jalan utama ditenggelami banjir pada 24 Disember2012. Banjir ini melumpuhkan sebahagian besar aktiviti perniagaan di bandar malah banyak premis mengalami kerugian akibat bah yang tidak dijangka.


Hujan lebat selama 5 jam sejak awal pagi dikatakan punca banjir yang disifatkan antara yang terburuk sejak beberapa dekad lalu. Air berkedalaman setinggi 1.5 meter melibatkan beberapa jalan.


Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur. Banyak kenderaan terkandas lalu tersadai ekoran tidak sempat dialihkan kerana tiada persediaan untuk banjir berlaku.

©Eriyza : Pernah lalu di jalan yang dinaiki air.

Via : mStar



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.