Dec 5, 2012

Budak Melecur Kerana Blackberry Meletup


Kian McCreath, 11, mungkin trauma terhadap Blackberry apabila telefon jenama itu meletup lalu membakar katilnya ketika dia sedang tidur. Kakinya turut melecur dan akan meninggalkan parut kekal apabila serpihan plastik telefon berkenaan melekat di kakinya.


Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu didengari oleh ibunya, Sarah, 39, yang bergegas naik ke tingkat atas sebaik mendengar jeritan kuat Kian. Tindakan pantas Sarah berjaya memadamkan api dari merebak.

Blackberry itu adalah milik abangnya, Mason, 13, yang baru dibeli 2 minggu lalu sebagai hadiah hari jadi. Ia dikatakan baru dicabut dari pengecasnya sejurus sebelum meletup.

Ayahnya, Pete, mahu pihak berkenaan menarik balik semua telefon itu di pasaran dan menjalankan ujian seterusnya. Dia berpendapat telefon pintar mendatangkan bahaya dan tidak mahu kanak-kanak lain mengalami nasib serupa Kian.

©Eriyza : Tiada adik-beradik yang memakai Blackberry.

Via : Mirror



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.