Dec 19, 2012

Cikgu Arah Pelajar Beli Ipad


Seorang guru dari Universiti Maritim Shanghai menjadi terkenal ekoran tulisannya di laman micro-blog Weibo kerana menyifatkan pelajar yang gagal memiliki iPad tidak layak untuk menjadi anak muridnya. Tulisannya mendapat kritikan meluas daripada masyarakat.

Setelah mendapat reaksi negatif daripada pembaca, guru berkenaan telah memadamkan posnya malah turut menukar namanya.

Antara petikan tulisannya yang adalah seperti berikut :-


“Go buy an iPad during the summer break. If you don’t have money, just earn it by yourself. If you can’t get 4000 yuan in two months, it means you are not suitable to be majoring in finance, neither to be my student. iPad represents the most modern thinking. I hope all of my students have it too. If you can’t afford it, go earn money. Poor or rich does not depend on the situation of your family, but your ability. ”


Liang Zhenyu adalah seorang guru Bahasa Inggeris Kewangan. Beliau meminta semua pelajarnya untuk membawa iPad ke kelas pada semester baru kerana semua kuliah, peperiksaan dan maklumat akan diberikan melalui iPad.

Liang juga menyuruh semua pelajarnya memakai pakaian mengikut etika yang betul. Pelajar lelaki perlu memakai sut formal dan kasut kulit manakala pelajar perempuan harus memakai mekap yang sesuai. Dia turut memberitahu bahawa pakaian akan mempengaruhi markah yang bakal mereka dapat pada akhir pengajian.


“You are what you wear. If you want to study the finance, then dress like a finance man.”


Ramai pembaca Weibo menentang cara Liang. Mereka mendakwa sesetengah pelajar tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar yuran pendidikan tahun depan, apatah lagi untuk membeli sebuah iPad. Namun Liang mempertahankan tindakannya dengan mengatakan bahawa dia hanya memberi pandangan dan bukannya permintaan.

©Eriyza : Tidak suka membebankan pelajar.

Via : ChinaHush



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.