David Perkins, 28, merupakan seorang guru sejarah di Duffryn High School di Newport, South Wales. Dia menyedari sejarah adalah antara subjek yang boleh membuatkan pelajar 'tidur lena dalam kelas'. Justeru, dia menggunakan pendekatan berbeza untuk memastikan para pelajarnya suka belajar sejarah.
Perkins akan memakai kostum mengikut watak sejarah yang ingin diceritakan. Malah, dia turut membuat filem pendek untuk tokoh sejarah yang ingin diajar. Kemudian, video yang dimuatnaik ke Youtube akan dipersembahkan kepada pelajarnya di dalam kelas.
Reaksi Perkins yang bersahaja mengundang tawa pelajarnya. Secara tidak langsung, Perkins telah membuka lembaran baru dalam dunia pendidikan selain menggunakan medium sedia ada iaitu buku dan papan hitam.
©Eriyza : Suka jadikan pelajar sebagai model topik yang dipelajari.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.