Dec 25, 2012

Pertarungan Pucung Biru Dan Ular Kecil


Seekor burung pucung biru yang sedang kelaparan menyambar seekor ular di kawasan berpaya. Namun, hidangan 'tengah hari' si pucung biru sedikit terganggu apabila sang ular sempat membelit paruhnya. Sang ular berusaha gigih untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi 'santapan istimewa' si pucung biru.



Hampir 15 minit lamanya sang ular melilit kemas paruh si pucung biru yang sepanjang 12cm. Akhirnya, ia keletihan setelah si bangau menghentam sang ular ke tanah dan cengkamannya mulai longgar. Persis menikmati spagetti, si pucung biru menelan sang ular untuk mengalas perutnya pada hari itu.

Adegan menarik ini dirakamkan oleh Peter Brannon, 35, ketika berada di Pantai Delray di Florida, Amerika Syarikat.

©Eriyza : Ingatkan burng bangau, rupanya burung pucung biru.

Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.