Dec 11, 2012

Rio Ferdinand Dibaling Syiling


Di sebalik keghairahan pemain Manchester United (MU) meraikan gol kejayaan jaringan Robin van Persie ketika menang 3-2 ke atas Manchester City di Stadium Etihad Ahad lalu, pemain pertahanan mereka, Rio Ferdinand cedera di mata kiri ekoran terkena balingan duit syiling yang dilempar oleh penyokong City dari tempat duduk peminat.


Insiden memalukan itu menyebabkan Ferdinand bermandi 'air mata darah'. Seketika kemudian, muncul pula peminat City di tengah padang untuk 'berunding' dengan Ferdinand tetapi dihalang oleh penjaga gol, Joe Hart.


Walaupun kecewa dengan perlakuan agresif peminat pasukan lawan, Ferdinand sempat bercanda di Twitternya.


'Whoever threw that coin,what a shot! Can't believe it was a copper 2p....could have at least been a £1 coin!'

'Respect to Joe Hart for protecting that idiot who ran on!! Love the banter between fans but there is a point when it goes too far...calm it!'


Malah, dia turut menghadiri persembahan akhir X Factor pada malamnya. Perlawanan itu turut disaksikan oleh aktor tersohor Hollywood, Tom Cruise dan Robert Duvall.

©Eriyza : Boleh tambah acara baling syiling dalam Sukan Olimpik.

Via : DailyMail



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.