Dec 31, 2012

Sorotan 2012


Akhirnya Masihi 2012 berlalu pergi dan ia tidak akan berulang sekali lagi. Perginya membawa 1001 kenangan buat setiap insan. Sama ada momen manis atau pahit, pastinya akan tersisip kemas dalam sanubari anda yang melaluinya.

Tahun ini ramai selebriti menaiktaraf hubungan cinta mereka daripada kekasih kepada suami isteri. Tahniah diucapkan kepada Ally Iskandar ♥ Farah Lee, Ana Raffali ♥ Aznaim, Yusry ♥ Lisa Surihani, Rizal Ashram ♥ Fasha Sandha, Awal Ashaari ♥ Scha Al-Yahya, Irma Hasmie ♥ Redza Syah Azmeer, Ella ♥ Azhar, Farid Kamil ♥ Diana Danielle.

Turut menamatkan zaman bujang mereka ialah atlit selebriti iaitu Lin Dan ♥ Xie Xingfang, Datuk Lee Chong Wei ♥ Datin Wong Mei Choo dan Khairul Fahmi ♥ Nur Eilunie Natasha.

Ustaz selebriti juga telah mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya. Tahniah buat Ustaz Don Daniyal ♥ Husna. Tidak dilupakan juga buat anakanda kelima Sultan Brunei, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah ♥ Pengiran Haji Muhammad Ruzaini yang telah selamat mendirikan rumahtangga.

Penulis masih melalui kehidupan yang sama dengan status yang sama. Doakan agar status penulis pada tahun hadapan naik setakuk lagi. Amin.

©Eriyza : Bila anak Datuk Najib dan anak Nazarbayev mahu kahwin??



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.