Jan 1, 2013

Durian Bukan Buah Pilihan


Sana sini rakan-rakan di Facebook bercerita tentang durian crepe. Sejujurnya, penulis hanya pernah melihat gambar dan belum lagi merasainya. Sebenarnya, penulis bukan penggemar durian, jauh sekali membenci raja buah itu.

Sepanjang tahun 2012, seulas durian pun tidak penulis jamah. Durian mempunyai rasa yang 'pelik'. Penulis tidak boleh memakannya begitu sahaja. Akan tetapi jika durian tersebut sudah menjadi sesuatu yang lain misalnya pulut durian, barulah boleh penulis makan. Itu pun dalam kuantiti yang sedikit.

Pernah satu ketika, ayahanda teringin benar makan durian. Maka, dia pun membelilah sebiji buah durian. Bayangkan orang lain membeli hampir 10 biji tetapi ayahanda dengan senyuman manis membayar harga untuk sebiji.

Durian yang sebiji itu mengambil masa beberapa hari untuk dihabiskannya seorang. Selepas memakannya seulas, disimpannya di dalam peti ais. Esok, seulas lagi, begitulah berlarutan sehingga semuanya dimakan.

Penulis dan adik-adik hanya memandang, tiada sekelumit pun selera untuk turut serta dalam acara makan durian. Biasanya, penulis akan menolak jika ada saudara-mara yang ingin memberikan buah itu menjelang musimnya. Namun, ada waktunya perlu juga diambil untuk menjaga perasaan mereka.

©Eriyza : Lebih suka buah mempelam.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.