Seorang guru, Shakri Latif, 43, diperintahkan membayar ganti rugi am sebanyak RM30,000 kepada bekas isterinya, Aida Rohani Mohamad, 39, oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas ekoran sengaja menyebabkan kecederaan kepada wanita itu.
Hakim Irwan Suainbon membuat keputusan tersebut selepas mendengar keseluruhan kes tuntutan saman oleh penjawat awam itu terhadap bekas suaminya.
Mangsa dicederakan oleh bekas suaminya itu ketika mereka bertengkar di rumah mereka di Taman Seri Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada 9 Mei 2007.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Dalam pergaduhan jam 6.30 pagi itu, defendan bertindak memukul serta menampar plaintif beberapa kali di bahagian badan dan kepala hingga menyebabkan dia cedera parah di telinga kiri serta lebam di bahagian muka sebelah kanan.
Aida yang ketika itu masih isteri kepada defendan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kok Lanas sebelum menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tumpat dan disahkan mengalami pendarahan di telinga kirinya.
Sementara itu, plaintif yang ditemui di rumahnya di Alor Hijau, Selising, Pasir Puteh, semalam nyata gembira dengan keputusan terbabit.
Katanya, kejayaan itu juga menjawab reaksi serong masyarakat terhadap dia sejak kejadian itu berlaku selain mengharapkan perkara tersebut menjadi pengajaran kepada defendan dan orang ramai.
"Akibat kejadian itu, dua kali saya menjalani pembedahan di telinga dan kini pendengaran masih terganggu. Menurut doktor, telinga ini akan sembuh tetapi memerlukan penjagaan rumit selain bersin dan batuk yang akan memberi kesan lebih buruk," katanya.
Selepas kejadian itu, bekas suami plaintif melafazkan cerai melalui tuntutan berpisah yang dibuat Aida sebelum dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga bersama Arifin Abdullah, 38, dan dikurniakan seorang anak berusia dua tahun.
Petikan Harian Metro
Pampasan wang ringgit tidak setimpal dengan kecederaan anggota badan yang serius apatah lagi bila ia melibatkan pancaindera.
©Eriyza : Tidak suka lelaki yang ganas.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.