Jan 11, 2013

Kenderaan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Dibakar Orang Awam


Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibakar oleh orang ramai setelah ia terlibat dalam kemalangan dengan 10 kenderaan lain di Ayer Tawar, Perak petang tadi.



Nahas dikatakan berlaku selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, ia melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ, dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.


Seorang saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Saksi-saksi mendakwa kemalangan itu disebabkan oleh kereta peronda JPJ yang cuba memintas sebuah lori, tetapi ia dinafikan oleh Ahmad, yang berkata kereta peronda itu telah dilanggar oleh lori.

Beberapa jam selepas kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga video dimuat naik di Facebook dan puluhan gambar dan komen tersebar di Internet. Orang ramai kelihatan mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit mereka.

Malaysiakini telah cuba untuk mendapatkan komen Pengarah JPJ Perak Ramli Awang Seberang, tetapi seorang kakitangannya berkata sebaik mengetahui tentang kejadian itu, beliau telah meninggalkan mesyuarat yang dipengerusikannya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Petikan MalaysiaKini


Penulis fikir orang ramai perlu bertindak rasional dalam keadaan cemas seperti itu. Apa perlunya membakar kenderaan JPJ sedangkan ada mangsa yang perlu bantuan??

Untuk melihat lebih banyak gambar kemalangan, sila ke Facebook Jasworld Lim.

©Eriyza : Gerun tengok gelagat orang awam yang ganas.

Via : MalaysiaKini



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.