Empat orang anggota polis pengiring dibelasah oleh sekumpulan tahanan ketika mereka dalam perjalanan dari Penjara Reman Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth. Tahanan berkenaan kemudiannya melarikan diri bersama van polis.
Kejadian itu berlaku pada pukul 9.30 di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth berhampiran susur keluar ke Pantai Bersih di sini, pagi ini. Difahamkan, beberapa orang daripada sembilan tahanan berkenaan pura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan polis memberhentikan van di tepi jalan untuk meredakan keadaan.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata empat anggota polis yang mengiringi tahanan terbabit turun dari kenderaan untuk meleraikan pergaduhan tahanan terbabit.
“Tiba-tiba seorang daripada tahanan membaling serbuk cili ke arah anggota kami sebelum melakukan serangan. Tahanan itu membelasah anggota terbabit dan meninggalkan mereka di tepi jalan sebelum melarikan kenderaan polis,” katanya kepada pemberita selepas melawat empat anggota terbabit yang mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya, petang tadi.
Abdul Rahim berkata, van polis itu ditemui ditinggalkan di Padang Cempedak kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian di mana tujuh tahanan melarikan diri manakala dua lagi tahanan tidak berbuat demikian dan ditahan semula.
“Kita percaya kejadian ini dirancang lebih awal dan pergaduhan sesama tahanan di dalam van berkenaan sengaja diadakan bagi melarikan diri,” katanya menjelaskan gerakan memburu tahanan terbabit giat dijalankan terutama di sekitar Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor.
Polis juga mengeluarkan beberapa gambar suspek bagi memudahkan pegecaman dan meminta orang ramai menghubungi balai polis berdekatan jika mempunyai maklumat mengenai tahanan yang melepaskan diri itu.
Petikan Harian Metro
Tahanan yang meloloskan diri dipercayai terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah yang merbahaya. Sesiapa yang mempunyai maklumat, sila hubungi balai polis berhampiran.
©Eriyza : Penduduk di kawasan sekitar perlu berwaspada.
2 Comment
@Ameer Hamzah:
Ayuh, banteras jenayah.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.