Seorang wanita mempunyai nama yang cukup ringkas iaitu 'S'. Namanya sering disalahertikan sebagai nama timangan sedangkan itu adalah namanya yang didaftar secara rasmi. Selain S, 26, tiga adik perempuannya yang lain turut mempunyai nama ringkas. Mereka ialah Liz, 24, Maz, 13, dan Hani, 11.
S sudah pun mendirikan rumahtangga dengan Nuzrul Hassan, 33, dan memiliki cahayamata. Ketika perkahwinan mereka dahulu, si suami terpaksa melafazkan 7 kali akad nikah ekoran namanya yang unik.
Sementara itu, bapanya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 52, berkata, pemilihan satu huruf sebagai nama anak sulung daripada empat beradik itu berikutan pengalaman hidupnya sendiri.
“Arwah ayah memiliki tiga nama (tiga suku kata) hingga ia menjadi bahan ejekan ramai termasuk menyatakan saya mempunyai tiga bapa. Pengalaman itu menyebabkan saya mengambil keputusan memberikan nama paling pendek kepada anak saya iaitu hanya huruf ‘S’.
“Namun bak kata pepatah, rezeki anak terletak pada namanya, S kini berusia 24 tahun menjalani kehidupan rumah tangga bahagia dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati biarpun mempunyai seorang cahaya mata,” katanya.
Rusli berkata, sebelum menamakan anaknya, dia pernah merujuk nama pilihannya itu dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) sebelum pendaftaran nama anak sulungnya itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Biarpun tidak menghalang, Jaij tidak menggalakkan pemberian nama seumpama ini kerana bimbang menjadi ikutan masyarakat selain tidak mempunyai maksud.
“Namun, saya menerangkan tujuan dan niat memberikan nama sedemikian kepada mereka bagi mengelak salah faham,” katanya.
Katanya, walaupun nama anaknya terlalu pendek dan unik, dia dan isterinya pernah beberapa kali berdepan kesulitan termasuk ketika membawa S berurusan di klinik apabila seorang jururawat menganggap dia leka mengisi borang kerana hanya mencatatkan huruf S.
“Namun, selepas saya memberitahu perkara sebenar, mereka pelik dan tidak kurang menyatakan pilihan nama itu sesuatu yang baru kerana tidak pernah didengar sebelum ini,” katanya.
Petikan Harian Metro
Nama pendek sememangnya mudah disebut tetapi nama tersebut perlu juga disertakan dengan makna yang bagus.
©Eriyza : Suka nama yang ringkas walaupun mempunyai nama yang panjang.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.