Jan 20, 2013

Sakit Perut Kerana Otak-otak Berkulat


Tindakan sebuah restoran di Alor Gajah yang menyajikan otak-otak masam lagi basi telah menyebabkan seorang budak lelaki, Mohd Firdaus Salihin, 11, pitam sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik.

Bapanya, Salihin Samion, 43, mendakwa otak-otak yang dihidangkan oleh pekerja restoran berkenaan dipenuhi najis lalat dan sudah berkulat.


"Selepas sekeping otak-otak habis dikunyah, anaknya memakan dua keping lagi otak-otak namun sesuatu yang pelik berlaku apabila anak saya tiba-tiba mendakwa sakit perut dan wajahnya menjadi pucat sambil merebahkan mukanya atas meja makan.

“Saya menyangka dia bergurau setelah mendakwa sakit kepala dan sempat berseloroh kepadanya mungkin dia tidak cukup rehat, " katanya.

Salihin berkata, dia sekeluarga bagaimanapun terkejut melihat anaknya itu tidak memberi sebarang tindak balas sebelum membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan selepas dikejutkan.

“Semasa dirawat di klinik berkenaan, anak saya mendakwa dia termakan beberapa keping otak-otak yang dihidangkan oleh restoran berkenaan dan menyedari otak-otak itu sudah bertukar rasa masam dipercayai basi,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut mendapati sebahagian otak-otak berkenaan dipenuhi dengan tahi lalat dan berkulat.

“Sepatutnya pemilik restoran terbabit hendaklah memeriksa kualiti otak-otak yang berlebihan dan disimpan dalam peti sejuk sentiasa bersih, serta selamat.

“Jika diperhatikan, otak-otak itu sudah dibakar lebih dari dua kali, berdasarkan pada rupa bentuk isi otak-otak berkenaan yang sudah berkerak dan keras," katanya.

Petikan Sinar Harian


Sehubungan itu, pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik restoran yang berasal dari pantai timur itu selepas satu pemeriksaan mengejut dilakukan ke atas restorannya.

©Eriyza : Suka makan otak-otak ikan tenggiri.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.