Feb 7, 2013

Belasungkawa Azli Paat


Pakar ICT Malaysia yang terkenal, Azli Paat, 46, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7 malam di rumahnya. Menurut anak kedua arwah, Ahmad Naim, 23, bapanya hanya mengalami demam panas dan mendapatkan rawatan di klinik sebelum meninggal dunia. Azli merupakan Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012.

Beliau merupakan pakar teknologi yang banyak mencetuskan idea bernas untuk kegunaan rakayat Malaysia. Arwah meninggalkan seroang balu, 6 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan.


Azli merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.

Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata, Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula pukul 7.30 pagi setiap hari.

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.

Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lepas, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Petikan Sinar Harian


Takziah kepada keluarga arwah. Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah!

©Eriyza : Pernah baca segmen kelolaan Azli Paat dalam akhbar.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.