Seorang lelaki yang baru berusia 25 tahun kehilangan semua giginya ekoran ketagihan terhadap minuman bergas terutamanya Cola. Walaupun telah diberi amaran oleh doktor gigi, William Kennewell tetap mengambil 8 liter Cola sehari. Natijahnya, giginya mulai mereput dan semua giginya perlu dibuang.
Menurut pemuda kacak yang berasal dari Salisbury, 15 kilometer utara Adelaide, Australia itu, pekerjaannya dalam industri hotel memudahkan dia untuk mendapatkan Coke. Dia bukan sahaja kehilangan gigi malah turut mengalami keracunan darah akibat tabiat minumnya yang tidak bagus. Kini, semua gigi yang dimilikinya adalah palsu.
©Eriyza : Kurang gemar minuman berkarbonat.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.