Feb 5, 2013

Kepala Anak Dipijak Bapak


Seorang remaja perempuan terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) setelah kepalanya dipijak oleh bapanya sendiri. Bapa zalim berkenaan dipercayai berbuat demikian ekoran berang dengan kejujuran anaknya yang memberitahu orang lain bahawa dia malas bekerja.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim memaklumkan bahawa lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penjual burger sering mendera anak-anaknya yang berusia antara 5 sehingga 13 tahun. Malah, anak sulung adalah yang paling kerap cedera setelah didera.

Jiran-jiran yang sudah tidak tahan melihat penderaan lelaki berusia 35 tahun itu nekad menghubungi pihak JKM untuk membantu anak-anak yang malang itu.

©Eriyza : Jangan bersikap malas kalau ada tanggungan yang perlu diberi makan.



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.