Feb 28, 2013

Lori Kemek Dihempap Balak


Sebuah treler yang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke kilang kayu di Lubok Jong, Pasir Mas terbalik selepas gagal dikawal ketika membelok ke kanan untuk ke Jalan Parit Air, Rantau Panjang. Kejadian pukul 1.30 pagi itu mengakibatkan kayu balak berkenaan bergolek ke rumah penduduk.


Kayu balak itu turut menghempap sebuah lori milik Wan Mohd Zahari Wan Mohd Noor, 40, sehingga kenderaannya itu rosak teruk.


“Saya terdengar dentuman kuat seperti tong gas meletup sebelum bangkit daripada tidur dan mendapati beberapa batang kayu balak menghentam tangga rumah,” kata Mohd Zain Yaacob, 40, menceritakan detik cemas rumahnya bergegar selepas beberapa batang kayu balak bergolek dari sebuah treler yang terbabas berhampiran kediamannya di Kampung Kubang Rambutan, dekat sini, semalam.

Mohd Zain berkata, selepas melihat kayu balak menghentam tangga rumah, dia mengejutkan isteri dan empat anaknya yang tidur dan membawa mereka keluar rumah kerana bimbang kediaman itu roboh.

Katanya, selepas beberapa minit, dia lega kerana tiada perkara buruk berlaku.

Petikan Harian Metro!


Mujurlah nahas kali ini tidak melibatkan nyawa manusia. Harta benda boleh dicari lagi.

©Eriyza : Malang memang tiada bau.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.